in , , , ,

Sah! FIFA 19 Akan Bawakan Survival Mode Ke Dalam Mode Kick-Off

Rencah baru dalam siri FIFA.

EA Sports akan membawakan satu pembaharuan yang agak menarik ke dalam mode Kick-Off (offline). Opsyen ini digelar “House Rules” di mana pelbagai pengubahsuaian terhadap peraturan dalam satu-satu game boleh dilakukan.

Salah satu game type yang ada dalam House Rules ini ialah Survival Mode, satu mode yang pernah kami laporkan sebelum ini.

Peraturan dalam Survival Mode ini mudah, apabila korang menjaringkan satu gol, pihak lawan akan kehilangan seorang pemain. Pemain manakah yang akan dibuang itu akan dipilih secara rawak, kecuali penjaga gol. Lebih menarik, ulasan (commentary) oleh Alan Smith juga akan memberikan komen tentang apa yang berlaku di atas padang apabila bermain Survival Mode ini.

Ya, Survival Mode ini ala-ala battle royale gitu.

Tetapi, ada beberapa perkara korang perlu tahu tentang Survival Mode ini. Pertama, pasukan yang kehilangan pemain (bolos) itu akan bertambah kuat. Jadi, strateginya, korang mahu jaringkan gol lebih awal ataupun tidak?

Keduanya, ia bukanlah benar-benar seperti battle royale di mana korang perlu “buangkan” pemain lawan sehingga kosong. Mode ini menggunakan peraturan yang sama seperti bola sepak sebenar di mana sekiranya satu-satu pasukan mempunyai kurang daripada 7 pemain, perlawanan akan diberhentikan. Maka, kalau korang nak menang sebelum cecah minit ke-90, korang perlu jaringkan 5 gol terlebih dulu.

Seperti yang dikatakan tadi, Survival Mode ini adalah salah satu daripada game type yang ada dalam House Rules. Antara mode “merepek” lain yang ada ialah:

  • Long Range — gol akan dikira sebagai 2 jika jaringkan dari luar kotak penalti
  • Header & Volleys — hanya tandukan dan voli dikira sebagai gol
  • First To — ada jumlah gol maksimum, bermakna, sesiapa yang menjaringkan jumlah gol itu terlebih dulu akan dikira pemenang
  • No Rules — tiada peraturan offsaid dan tiada kesalahan (foul)

Apa-apa pun korang harus ingat yang House Rules ini hanya ada untuk mode Kick-Off secara offline, dan tidak akan dibawakan ke dalam mana-mana mode online.

Walau bagaimanapun, laporan sebelum ini yang mengaitkan Survival Mode dengan kembalinya mode FIFA Street (5v5) nampaknya agak kurang tepat. Setakat ini, EA Sports hanya mendedahkan tentang Survival Mode dan tidak menyentuh langsung tentang 5v5.

Versi demo FIFA 19 akan dikeluarkan pada 11 September ini, dan game penuhnya akan dilancarkan pada 28 September nanti untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: IGN, Eurogamer.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Syed Saddiq Mahu Jadikan Malaysia Sebagai Hab Esports Di Asia Tenggara, Akan Bertemu Dengan ESL Dan Razer

Syed Saddiq: “Razer Sedang Lihat Potensi Untuk Bina Bandar Hiburan Digital Di Malaysia, Yang Pertama Di Asia Tenggara”