Berdesup.
Kalau korang kurang berkenan dengan pelan Unifi Basic yang diterhadkan dengan kuota data sebanyak 60GB, pelan yang satu lagi ini pasti akan membuatkan korang tersenyum.
Seperti laporan awal sebelum ini, Telekom Malaysia (TM) telah mengesahkan yang pelanggan Unifi sedia ada akan mendapat naik taraf kelajuan sebanyak 10 kali ganda, pada kelajuan sehingga 800Mbps, bergantung kepada kelajuan Unifi pelanggan sedia ada buat masa sekarang — tanpa sebarang penambahan caj bulanan.
Dapat dilihat dalam gambar rajah di atas (kredit Amanz), naik taraf yang akan dilakukan adalah seperti berikut:
- 20Mbps dan kebawah –> 100Mbps
- 30Mbps –> 300Mbps
- 50Mbps –> 500Mbps
- 100Mbps –> 800Mbps
Proses naik-taraf ini akan dilakukan secara berperingkat bermula 15 Ogos ini sehingga ke tahun hadapan. TM turut mengalakkan pengguna mendaftar pelan Unifi Home sehingga penghujung tahun ini untuk pelanggan menikmati naik-taraf ini bermula tahun hadapan.
Comments
Loading…