in , , , ,

Rustler: Game Seperti GTA Klasik, Tapi Latar Belakang Zaman Dulu-Dulu

Grand Theft Auto (GTA) masakini merupakan sebuah game aksi dengan pandangan third-person. Namun, siapa yang boleh lupa gameplay asal GTA suatu ketika dulu iaitu pandangan dari atas (top-down).

Tapi pernah tak korang terfikir, sebuah game moden yang berinspirasikan GTA asal itu, namun menggunakan latar belakang zaman pertengahan?

Itulah yang bakal disajikan dalam Rustler, sebuah game yang dibangunkan oleh Justu Games. Kalau GTA membenarkan pemain melakukan huru-hara menggunakan kenderaan-kenderaan moden di kota raya, Rustler pula menunggang kuda di pekan-pekan zaman dulu-dulu.

Jom saksikan trailer penuh lucu di bawah:

Tiada tarikh pelancaran diumumkan setakat ini. Rustler akan dilancarkan untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayStation Beri 9 Game Percuma Pada Mac-April – Horizon Zero Dawn, Abzu, Dan Banyak Lagi

Pembangunan Esukan Setanding Dengan Pembangunan Sukan Fizikal