in , , ,

Rupa Musuh Yang Bakal Ditentang Dalam Mass Effect: Andromeda

Kali ini bukan menentang Reaper, tetapi Kett.

mass-effect-andromeda-02

Kisah Mass Effect: Andromeda akan berkisar di sebuah galaksi jauh dari Reaper dan inilah musuh yang bakal dihadapi pemain kelak. Dikenali sebagai Kett, kita dapat lihat sedikit sneak preview mengenai mereka dan kini GameInformer telah mempunyai info yang lebih lanjut.

Joel MacMillan dari BioWare menyatakan mereka akan mengekalkan sedikit unsur yang peminat kenal dari siri Mass Effect, mereka juga akan mengetengahkan unsur-unsur baru seperti badan/armor yang kasar dan bertulang dan ini jelas kelihatan dari penciptaan Kett.

mass-effect-andromeda-01

mass-effect-andromeda-03

Buat masa ini, BioWare enggan memberikan info lanjut mengenai Kett atau pun sebarang latar belakang mengenai jalan cerita yang bakal diperkenalkan dalam Mass Effect: Andromeda.

 

2 versi Collector Edition juga telah diumumkan untuk Mass Effect: Andromeda yang didatangkan dengan model die-cast atau kereta remote control.

Mass Effect: Andromeda akan diterbitkan pada 2017 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Umobile Game-Onz MGA: Tunjukkan Kehebatan Dalam LoL, DotA 2, SFV, Guilty Gear dan Naruto Ninja Storm 4!

Horizon Zero Dawn, Open World Yang Direka Dengan Ekosistem Yang Rumit Dan Pelbagai