in , , , , , ,

Runner 2: Future Legend Of Rhythm Alien: Berlari Menuju Kegemilangan!

runner-2-001

Inginkan game santai dan relaks yang boleh meredakan stress korang? Mencari game yang tidak memerlukan korang grinding ataupun mencari loot sehingga ke tengah malam?

Mungkin ini la game yang korang cari, Runner 2: Future Legend Of Rhythm Aliens game dari developer Gaijin Games yang akan berada di pasaran pada 23 Februari 2016.

Game berkonsepkan platform single player ini akan berada di console PlayStation 4, PlayStation 3, XBox 360, Xbox One, PS Vita, Wii U dan juga PC.

runner-2-002

Game ini amat mudah untuk dimainkan, character akan berlari secara automatik dan korang hanya perlu melakukan beberapa action mudah seperti melompat, sliding dan juga menendang di dalam misi membawa character yang dipilih ke garisan penamat.

Korang hanya perlu mengelak setiap halangan, dan mengambil kotak-kotak yang terdapat bonus sehingga ke garisan penamat. Ada lebih kurang 8 character yang boleh diunlock dengan berbagai-bagai cara dan juga terdapat customes yang boleh di’unlock’ dengan hanya menamatkan misi-misi yang diberi.

Jom kita usha sikit trailer game Runner 2 ini:

Wow nampak sempoi dan menarik. Adakah penulis akan beli game ini? Kita tunggu dan lihat jela 23 Februari ini.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

SpecialEffect: Organisasi Murni Yang Membantu Gamers Kurang Bernasib Baik

The Division: Reward Untuk Pemain Open Beta Diumumkan!