Rumah Minangkabau Dalam The Sims 4 - Pemain Ini Buat Dekorasi Rumah Kampung Melayu

Dalam waktu kita sudah memasuki bulan Ramadan dan semakin menjelangnya Hari Raya, banyak aktiviti yang kita rindui untuk lakukan.

Salah seorang pemain The Sims 4 telah menggunakan bermacam eset yang ada dalam game itu untuk menterjemahkan kreativitinya bagi membina sebuah rumah tradisional Melayu dengan rekabentuk Minangkabau.

Apa yang paling menarik ialah, beliau bukan sahaja membina rekabentuk luaran rumah, tetapi turut membuat dekorasi hiasan dalaman yang turut bertemakan suasana kampung. Dapat kita lihat dalam perkongsian bebenang di Twitter oleh @NunaTasya bagaimana beliau mewujudkan pinggan mangkuk hiasan klasik, langsir-langsir, sejadah dan juga bilik air yang turut menyediakan bekas mandi dan cebok.

Korang boleh lihatnya sendiri di bawah:

Menurutnya lagi, korang yang memiliki The Sims 4 turut boleh dapatkan rekaan ini. Hanya cari “nunatasyaxx” di Gallery, dan pilih Custom Content untuk dapatkan rekaan yang diciptanya ini.

Lebihan masa yang dimiliki oleh orang ramai semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nampaknya telah digunakan sebaik mungkin untuk mencipta pelbagai hasil kreatif yang bertemakan Ramadan atau Hari Raya. Sebelum ini, ada pemain yang membina bazar Ramadan dalam Animal Crossing: New Horizons.

Amacam, semakin rindu dan sebak untuk meraikan bulan puasa dan Aidilfitri dalam suasana pandemik COVID-19, bukan? Jangan putus semangat kerana seluruh dunia sedang berperang, dan kita bukan keseorangan! #KitaMestiMenang!

JomKomen!