Winter is coming!?

Bethesda adalah sebuah studio yang cukup dikenali dengan dunia RPG kini mungkin sedang dalam proses membangunkan video game bagi siri novel/televisyen yang cukup terkenal iaitu Game of Thrones.

Disedari oleh komuniti NeoGAF, ura-ura ini bermula apabila laman web bagi Target, peruncit kedua terbesar di Amerika Syarikat telah memuatnaik satu bahagian yang dilabel Bethesda: Game of Thrones. Namun begitu, tiada info lanjut mengenainya.

Kemaskini yang telah dibuat oleh Target ini tidak boleh dinafikan kemungkinan adalah sekadar suatu kesilapan teknikal, namun begitu jika ianya benar pasti mengembirakan banyak peminat-peminat siri Game of Thrones.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.