Nampaknya tahun ini penuh dengan siri video game genre fighting. Dengan Injustice 2, Guilty Gear Xrd Rev.2 dan tidak lama lagi, Tekken 7, Capcom juga tidak terlepas untuk mengeluarkan siri game fighting mereka, kali ini dengan kerjasama dari Marvel untuk membina Marvel vs Capcom Infinite.

Berdasarkan dari forum NeoGAF, seorang pengguna yang bernama Ryce mendedahkan senarai yang berkemungkinan ianya adalah roster karakter penuh yang akan ada dalam Marvel vs Capcom Infinite. Berdasarkan info dari beliau, ini adalah senarai karakter yang akan ada dalam Marvel vs Capcom Infinite.

Pihak Capcom:

  • Arthur
  • Chris
  • Chun-Li
  • Dante
  • Firebrand
  • Jedah
  • Monster Hunter
  • Morrigan
  • Nemesis
  • Ryu
  • Spencer
  • Strider Hiryu
  • Megaman X

Pihak Marvel:

  • Ant-Man
  • Captain America
  • Captain Marvel
  • Doctor Strange
  • Gamora
  • Hawkeye
  • Hulk
  • Iron Man
  • Nova
  • Rocket/Groot
  • Spider-Man
  • Thanos
  • Thor
  • Ultron

Karakter DLC (ada 6 tetapi hanya 2 sahaja dapat didedahkan)

  • Sigma
  • Venom

Untuk pengetahuan semua, Ryce ini jugalah yang mendedahkan info-info sebelum ini seperti pengumuman video game ini, gameplay sistem dan karakter dan boleh dikatakan ianya sentiasa benar. Jadi apa pendapat anda tentang roster ini? Adakah ianya menarik perhatian anda?

Marvel vs Capcom Infinite akan keluar pada September ini di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC.

JomKomen!