in ,

Ronaldo de Lima Mula Melabur Dalam Sebuah Pasukan eSports Brazil

Arena eSports mula menarik perhatian pemain legenda bola sepak dunia ini.

Pemenang 2 Piala Dunia dan juga penyerang terbaik dunia sepanjang zaman, Ronaldo Luis Nazário de Lima telah memasuki industri eSports, dengan membeli saham dalam sebuah pasukan eSports Brazil, menurut laporan DotEsports.com.

Ronaldo telah melabur dalam CNB e-sports Club bersama-sama dengan pemain poker profesional, André Akkari dan CEO Brazilian Series of Poker (BSOP), Trafane Federal – menjadikan ketiga-tiga mereka memegang 50 peratus daripada saham organisasi tersebut.

Pengasas asal bersama pasukan ini, Cleber “Fuzi” Fonseca dan Carlos “Fury” Júnior mengekalkan pemilikan sebanyak 50 peratus dan kekal bertanggungjawab untuk pengurusan pasukan ini.

Menurut laporan, seorang rakan karib Ronaldo adalah yang membuatkan beliau berminat untuk melabur dalam industri ini selepas melawat beberapa rumah-rumah pasukan eSports pada awal tahun lalu.

CNB berada di tempat kedua dalam 2016 CBLoL Stage 2 finals, satu musim yang berjaya selepas hanya menduduki di tangga bawahan dalam musim Stage 1 awal tahun lalu.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trailer Terbaru Persona 5 Papar Gameplay Eksplorasi Istana Dan Sistem Pertarungan

Tiada Kesukaran Dalam Membangunkan Disgaea 5 Untuk Nintendo Switch