Secara peribadi, game yang penulis paling teruja dari sekian banyak game yang diumumkan di pentas Ubisoft semasa E3 2019 ialah Roller Champions.

Sebagai peminat game Rocket League, melihat akhirnya ada pembangun yang ingin cuba memberikan saingan kepada game tersebut adalah sesuatu yang sangat menarik.

Roller Champions, game yang menggabungkan roller skate dan bola keranjang ini sudahpun boleh dimainkan versi demonya di platform PC. Di Youtube sekarang, sudah banyak gameplay yang dimuatnaik daripada versi ini. Jom kita tonton beberapa daripada gameplay ini:

Perlawanan akan dibahagikan kepada dua pasukan yang terdiri daripada tiga pemain setiap pasukan. Pemain akan bergerak menggunakan roller skate dan objektifnya ialah untuk memasukkan bola ke dalam jaring. Arena pula berbentuk gegelung.

Paling penting tentang game ini ialah ianya percuma (free-to-play)!

Roller Champions akan dilancarkan pada tahun 2020.

JomKomen!