in , , , , , , ,

Roller Champions Diumumkan Untuk PS4, Xbox One, Switch Dan Mobile, Saksikan Trailer Baru

Semasa E3 2019, Ubisoft telah mengumumkan sebuah game percuma bergenre sukan baharu, iaitu Roller Champions. Pada ketika itu, hanya platform PC diumumkan untuk game ini.

Terkini, Ubisoft telah mengumumkan bahawa Roller Champions akan turut dilancarkan ke PS4, Xbox One, Switch dan mobile.

Selain itu, Ubisoft turut mengumumkan sesi percubaan alpha tertutup yang akan berlangsung dari 11 hingga 23 Mac ini, yang mana para pemain sudah boleh mendaftar di pautan ini untuk terpilih masuk ke dalam sesi percubaan. Walau bagaimanapun, percubaan alpha ini hanya dibuka untuk platform PC.

Ubisoft juga telah mengeluarkan dua video terbaharu, iaitu trailer gameplay dan video penerangan daripada pembangun yang berkongsikan perkembangan terbaharu game ini:

Buat masa ini, mereka belum dedahkan bilakah tarikh Roller Champions akan dilancarkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Satu Game Star Wars Baru Yang Tak Pernah Diumumkan Telah Tertiris Di PlayStation Store

Satu Game Star Wars Baru Yang Tak Pernah Diumumkan Telah Tertiris Di PlayStation Store

The Last of Us Akan Diadaptasi Ke Siri TV Oleh HBO, Kerjasama Antara Naughty Dog, Pencipta Chernobyl