Ya, satu lagi game Ubisoft yang tertiris sebelum ini sememangnya sahih.

Ubisoft telah mengumumkan Roller Champions secara rasmi, sebuah game sukan roller derby. Perlawanan akan dibahagikan kepada dua pasukan yang terdiri daripada tiga pemain setiap pasukan. Pemain akan bergerak menggunakan roller skate dan objektifnya ialah untuk memasukkan bola ke dalam jaring. Arena pula berbentuk gegelung.

Paling penting tentang game ini ialah ianya percuma (free-to-play)!

Bertemakan futuristik, arena bola, penonton, boost — pastinya game ini akan menjadi pesaing kepada game Rocket League.

Jom layan trailer gameplay ini:

Roller Champions akan dilancarkan pada tahun 2020, namun demo sedang berlangsung sekarang dan korang boleh mainkannya di PC dengan muat-turunnya dari sini.

JomKomen!