Semakin dekat kita dengan E3, pastinya semakin banyak info bakal tertiris mendedahkan apakah game baru yang akan diumumkan dalam acara itu nanti.

Spiel Times telah melaporkan bahawa antara game baru yang akan diumumkan oleh Ubisoft di E3 2019 nanti ialah Roller Champions. Game ini dikatakan sebuah game yang membawakan sukan roller derby, dan mempunyai aura seperti game Rocket League.

Game ini juga dilaporkan hanya mempunyai online multiplayer, dan akan menampilkan 5 pemain lawan 5 pemain.

Di bawah adalah beberapa gambar, screenshots, butang-butang kawalan, menu dan logo yang diketahui setakat ini.

Berikut pula ialah latar belakang dua map yang telah tertiris, iaitu Acapulco Arena (pantai) dan Mexico Arena(stadium tertutup).

Sama-samalah kita nantikan pengumuman yang akan dilakukan Ubisoft nanti di E3 2019 untuk mengetahui info lanjut tentang game ini.

JomKomen!