in , , , , ,

Roller Champions Dilancarkan 25 Mei, Saksikan Trailer Gameplay, Sinematik Terbaru

Ubisoft akhirnya telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk game sukan mereka yang agak sekian lama menyepi.

Roller Champions akan dilancarkan pada 25 Mei ini untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series. Untuk Nintendo Switch pula, ia akan dilancarkan pada suatu tarikh yang masih belum diumumkan.

Dua video trailer baharu telah dikeluarkan. Trailer pertama adalah trailer sinematik, manakala trailer kedua pula adalah trailer gameplay yang menjelaskan serba sedikit peraturan dan skil asas game ini.

Game yang boleh dimainkan secara percuma (free-to-play) ini membawakan gameplay kompetitif multiplayer 3-lawan-3. Dalam gelanggang bulat seumpama trek berbasikal, para pemain perlu merebut bola dan membalingnya ke dalam gegelung.

Bilangan mata yang diperoleh apabila memasukkan bola ke dalam gegelung itu bergantung kepada bilangan pusingan yang berjaya dibuat di gelanggang bulatan sebelum bola dijaringkan. 1 pusingan = 1 mata: 2 pusingan = 3 mata; 3 pusingan = 5 mata.

Pasukan yang mengumpulkan 5 mata terlebih dulu akan dikira pemenang. Dalam tempoh itu, kedua-dua pasukan akan cuba bersaing antara satu sama lain untuk menghalang pihak lawan dengan bentesan-bentesan keras.

Roller Champions akan menampilkan mode perlawanan seperti Quich Match, Ranked, Custom, Practice, dan mode-mode waktu terhad.

Game ini juga akan menawarkan Roller Pass, iaitu season pass seumpama game-game percuma lain dengan tahap premium dan percuma.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

CEO Take-Two Puji FIFA, Tapi Tak Mahu Bincang Tentang Lesen Itu Selepas Berpisah Dengan EA

The Witcher Versi PS5, Xbox Series Kini Dijadualkan Dilancarkan Hujung Tahun Ini