in , , ,

Roller Champions Dari Ubisoft Dilaporkan Akan Dibatalkan Tidak Lama Lagi

Game sukan free-to-play terbaharu daripada Ubisoft, Roller Champions dilaporkan akan menutup tirainya selepas dilancarkan hanya beberapa bulan.

Menurut wartawan Giant Bomb yang bercakap dalam podcast Xbox Era, Jeff Grubb mendakwa Roller Champions akan dibatalkan selepas musim ketiga.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai laporan beliau tersebut.

Diumumkan pada tahun 2019 dan dilancarkan pada bulan Mei 2022, Roller Champions dibangunkan oleh Ubisoft Montreal.

Game itu telah menerima kandungan bermusim sejak ia dilancarkan. Dan menurut Ubisoft, rekod kewangan baru-baru ini menunjukkan Roller Champions mempunyai prestasi lebih baik daripada Hyper Scape, game battle royale Ubisoft yang juga telah dibatalkan.

Ubisoft Umumkan Secara Rasmi Hyper Scape - Battle Royale Futuristik Percuma Dengan 100 Pemain

Dalam review kami untuk Roller Champions, kami berkata, “Satu harapan besar penulis kepada Ubisoft kali ini: tolonglah jangan bunuh potensi yang ada dalam Roller Champions”. Nampaknya ketakutan kami untuk game ini mungkin akan menjadi kenyataan sekiranya laporan ini sahih.

Pada masa yang sama juga, Ubisoft telah membatalkan game Ghost Recon Frontline, Splinter Cell VR dan dua buah game yang belum diumumkan.

Avatar: Frontiers of Pandora yang sepatutnya dikeluarkan pada tahun ini, ditunda ke tahun fiskal syarikat itu iaitu pada awal April 2023.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pasukan Kebangsaan, Kelab-Kelab Rusia Takkan Ada Dalam FIFA 23, EA Sahkan

Selepas 3 Tahun Bersama PES, Juventus Kembali Eksklusif Dalam FIFA 23