in , , ,

Rokstar Beri Ganjaran $2 Juta Dalam GTA Online Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Kejayaan Dekad Lalu

Di kala ramai mendengar khabar angin tentang Rockstar Games sedang membangunkan Grand Theft Auto 6, dan mungkin akan memperlahankan kandungan dalam Grand Theft Auto 5, ternyata kita semua tersilap.

Rockstar mengeluarkan satu kenyataan di laman web rasmi mereka, menyampaikan ucapan penghargaan kepada para pemain GTA Online dan Red Dead Online.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pemain kerana GTA Online kini sedang memasuki tahun ketujuh pelancaran, dan ia semakin lama semakin popular daripada sebelumnya. Rockstar mendedahkan bahawa pemain telah memecahkan rekod purata pemain harian, mingguan dan bulanan pada bulan Julai dan Ogos lalu selepas kandungan Diamond Casino & Resort dilancarkan.

Malah, mereka turut mendedahkan bagaimana peminat memecahkan rekod GTAV di Youtube. 2019 merupakan tahun di mana kandungan GTAV paling banyak ditonton di Youtube.

Bagi meraikan kejayaan ini, Rockstar akan memberikan ganjaran yang cukup lumayan kepada para pemain GTA Online. Apabila korang masuk ke dalam GTA Online pada 30 Januari hingga 5 Februari ini, $1 juta akan diberikan kepada para pemain. Kemudian, masuk lagi antara 6 Februari hingga 12 Februari, $1 juta lagi akan diberikan — menjadi jumlah sebanyak $2 juta wang dalam game untuk korang habiskan.

2020 bukanlah tahun untuk Rockstar memperlahankan kandungan GTA Online. Rockstar sempat menjanjikan bahawa pada tahun ini mereka akan membawakan pelbagai siri perlumbaan baru yang menampilkan beberapa jenis kenderaan baru, boleh memilih jenis tayar untuk tujuan taktikal dan mempunyai pit stop. Kedengaran seperti perlumbaan Formula One?

Selain GTA Online, ganjaran dan kandungan baru juga akan dibawakan ke dalam Red Dead Online. Korang boleh baca kenyataan penuh di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Skrip Filem Uncharted Ditulis Sebagai Filem R-Rated Dan Dipenuhi Dengan Aksi-Aksi Gempak!

Filem Uncharted Ditunda Lagi, Tarikh Tayangan Kini Mac 2021, Masih Belum Ada Pengarah Baru

Ini Trailer Pertama Untuk Filem Animasi Mortal Kombat Legends: Scorpion's Revenge

Ini Trailer Pertama Untuk Filem Animasi Mortal Kombat Legends: Scorpion’s Revenge