Pembangun yang membawakan kita siri game Batman: Arkham, Rocksteady Studios telah mengumumkan secara rasmi yang mereka sedang membangunkan sebuah game Suicide Squad.
Mereka akan berkongsikan lebih lanjut tentang game ini pada 22 Ogos ini sebagai sebahagian daripada DC FanDome, iaitu acara digital DC Comics.
Tiada info lanjut yang kita ketahui setakat ini selain hanya tweet ringkas di atas. Sama-sama kita nantikan dalam masa dua minggu lagi.
Comments
Loading…