in , , ,

Rockstar Umumkan Red Dead Online, Open Beta Akan Diadakan Pada November

Seperti yang dijangka ramai, Rockstar telah mengumumkan Red Dead Online, komponen multiplayer untuk Red Dead Redemption 2.

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan pada 26 Oktober untuk PS4 dan Xbox One. Semasa pelancaran, Red Dead Online tidak akan dikeluarkan terlebih dahulu, tetapi akan mula memasuki fasa open beta pada November nanti. Tarikh tepat bilakah ia akan dimulakan masih belum didedahkan.

Pelancaran Red Dead Online yang lewat sebulan daripada pelancaran game Red Dead Redemption 2 ini mengikut jejak langkah semasa pelancaran Grand Theft Auto V pada tahun 2013 lalu — yang mana mereka akan memberikan kita peluang untuk menghabiskan story dulu, sebelum menerjah ke multiplayer.

Sesi open beta Red Dead Online akan boleh diakses oleh semua secara percuma. Manakala, fungsi penuh Red Dead Online nanti akan boleh dimainkan oleh semua pemain yang memiliki Red Dead Redemption 2 di PS4 dan Xbox One.

Jika dibaca melalui gambaran yang diberikan Rockstar, Red Dead Online akan membawakan gameplay yang mempunyai aura yang sama seperti GTA Online. Ia akan menggabungkan naratif dengan gameplay kompetitif dan co-op dalam cara yang menghiburkan. Menggunakan gameplay Red Dead Redemption 2 sebagai asas, Red Dead Online akan tersedia untuk diterokai secara solo atau bersama rakan-rakan, dan akan menampilkan kemaskini yang kerap dan penambahbaikan untuk mengembangkan dan memperluaskan pengalaman ini untuk semua pemain.

Apakah Red Dead Online akan mempunyai mode battle royale, seperti mana yang dikhabarkan sebelum ini? Sama-sama kita tunggu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Brawlout: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Rating PUBG Untuk PS4 Didaftarkan Di Korea – Akan Dilancarkan Ke PS4 Tidak Lama Lagi?