in , , , ,

Rockstar Tambah DLC Story Untuk GTA Online Minggu Depan, Menampilkan Dr. Dre

Di kala permintaan oleh para peminat untuk pengumuman Grand Theft Auto VI semakin tinggi, Rockstar Games membawakan lagi kandungan tambahan (DLC) untuk GTA Online dalam Grand Theft Auto V.

Walau bagaimanapun, ia bukan satu DLC kecil bertemakan tertentu yang selalu mereka sajikan, tetapi satu DLC story — The Contract — yang kemungkinan membawakan kandungan yang lebih banyak.

Tarikan utama The Contract adalah dengan penampilan rapper dan produser terkemuka, Dr. Dre, serta membawakan kembali salah satu watak utama dalam story GTA V, Franklin Clinton.

The Contract akan dilancarkan pada 15 Disember 2021, percuma untuk semua pemain GTA Online. Jalan cerita yang didedahkan setakat ini adalah para pemain akan bekerja dengan Franklin dan syarikatnya, sebuah “agensi solusi selebriti”, di mana pemain akan ditugaskan untuk mendapatkan semula trek-trek lagu yang belum diterbitkan yang telah dicuri.

Selain itu, The Contract juga akan menambah satu stesen radio dalam-game yang akan menyiarkan lagu-lagu baharu Dr. Dre serta beberapa artis lain.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

NirvanaMeta Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 14 Disember, Game Blok Rantai RPG Baru

Video Terbaru Senua’s Saga: Hellblade II Akan Buat Korang Mempersoal Mana Gameplay, Mana Sinematik