in

Rockstar Mungkin Sedang Membangunkan Sebuah Game Zaman Pertengahan, Menurut Khabar Angin Terbaru

Bukan GTA 6, bukan Bully 2, tapi sebuah game zaman pertengahan. Itulah khabar angin terbaru yang muncul terhadap apakah game terbaru yang sedang dibangunkan oleh Rockstar Games.

Ura-ura ini datang daripada profil Linkedin salah seorang pembangun Rockstar, Pawas Saxena. Beliau meletakkan antara projek yang sedang beliau bangunkan ialah “mencipta ciri-ciri persekitaran bermodul dengan penampilan organik mengikut secara rapat stail seni bina zaman pertengahan”. Semestinya, deskripsi itu telah dipadamkan (menguatkan lagi ura-ura), namun VGLeaks telah berjaya mengambil screenshot:

Deskripsi ini selari dengan satu lagi laporan yang muncul di Reddit. Walaupun tidak menyatakan sumber yang kukuh, beberapa info yang diberikan boleh dikatakan agak menarik. Game ini dikatakan akan menggunakan latar belakang zaman pertengahan dan perlawanan pedang antara dua pemain akan menjadi salah satu mechanic yang ada.

Malah laporan tersebut juga mengatakan yang game tersebut dirancang untuk dilancarkan pada suku pertama tahun 2021.

Seperti biasa, anggap saja ini sebagai satu khabar angin selagi ia belum disahkan secara rasmi. Baca boleh, percaya jangan dulu.

Walau bagaimanapun, ia pastinya sesuatu yang sangat menarik sekiranya laporan ini adalah benar. Setelah apa yang telah Rockstar persembahkan dalam GTA 5 dan Red Dead Redemption 2, membawakan latar belakang zaman pertengahan pula adalah sesuatu yang kami tidak sabar untuk saksikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Jedi: Fallen Order Pecah Rekod Jualan Digital Game Star Wars Dalam Sejarah

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Disember 2019

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Disember 2019