in , ,

Rockstar Memperkenalkan Langganan GTA+ Untuk GTA Online, Eksklusif Untuk PS5, Xbox Series

Apabila Rockstar mengumumkan sebuah game Grand Theft Auto baharu sedang berada dalam pembangunan aktif, ramai menarik nafas lega kerana ini adalah petanda bahawa mereka sudah habis ‘memerah’ wang para pemain GTA Online dalam Granf Theft Auto V.

Ternyata, sangkaan kita semua ini meleset.

Rockstar Games baru sahaja mengumumkan langganan GTA+ untuk GTA Online. Eksklusif untuk PS5 dan Xbox Series, langganan bulanan ini akan memberikan pelanggan beberapa kandungan tambahan dalam GTA Online.

Dilancarkan pada 29 Mac ini, harga yang dikenakan adalah USD5.99 (~RM25) sebulan. Ketika artikel ini ditulis, harga tempatan dalam Ringgit Malaysia masih belum diumumkan.

Sebaik sahaja melanggan, pelanggan GTA+ akan mendapat GTA$500,000, kemudian berpeluang menebus beberapa hartanah di kawasan sekitar Los Santos, yang akhirnya akan membuka peluang lebih banyak gameplay dan misi-misi baharu.

Setiap bulan, manfaat dan kandungan yang ditawarkan dalam GTA+ akan berubah. Untuk bulan pertama ini, iaitu dari 29 Mac hingga 27 April, inilah kandungan yang pelanggan akan dapat:

  • GTA$500,000 dimasukkan secara automatik ke dalam Maze Bank Account.
  • The Principe Deveste Eight — bersama-sama dengan Hao’s Special Works upgrade sebelum ia tersedia untuk dibeli oleh pemain lain — ditambah lagi dengan HSW Orange Trip dan HSW CMYK Glitch Liveries.
  • Auto Shop yang terletak di La Mesa, memperkenalkan beberapa kemaskini gameplay dari Los Santos Tuners. Pemilik Auto Shop sedia ada boleh bertukar lokasi ke La Mesa tanpa sebarang kos tambahan.
  • Mendapat langganan LS Car Meet. Pelanggan LS Car Meet sedia ada dengan GTA+ akan dipulangkan semula GTA$50,000 semasa acara ini berlangsung.
  • Pemilik Yacht boleh naiktaraf kepada Aquarius Super Yacht tanpa sebarang kos tambahan.
  • The Gussét Frog Tee dan Broker Prolaps Basketball Top dan Shorts ditambah secara automatik ke dalam wardrobe.
  • The Conveyor Livery untuk Mammoth Avenger, HVY APC, dan TM-02 Khanjali.
  • Beberapa pilihan warna cat dan emblem untuk Auto Shop.
  • 3X GTA$ dan RP untuk Hao’s Special Works Race Series.
  • 2X Car Meet Rep untuk the Street Race Series.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Langganan Baharu PlayStation Plus ‘Spartacus’ Dijangka Akan Diumumkan Sony Minggu Depan

Rainbow Six Siege: Saksikan Gameplay 2 Operator Terbaru Dari Mexico & Peru

Ubisoft Dilaporkan Akan Umum Rainbow Six Siege Mobile Bulan Depan