Red Dead Redemption 3 atau Grand Theft Auto 6?


Persediaan untuk gamers konsol beralih ke generasi seterusnya bukanlah lagi satu rahsia. PS4 dan Xbox One boleh dikatakan sudah pun mencapai tahap matangnya dan banyak studio pembangunan game kini sudah mula membangunkan game-game untuk generasi konsol akan datang.

Terbaru, salah satu studio pembangunan game terbesar dunia, Rockstar Games telah mengesahkan yang mereka kini sudah memulakan kerja-kerja mereka untuk membangun game untuk generasi konsol seterusnya. GearNuke telah melaporkan yang Rockstar kini sedang mengambil pekerja-pekerja baru untuk tujuan tersebut.

Selepas membawakan satu paparan grafik yang cukup mengagumkan dalam game terbaru mereka, Red Dead Redemption 2, nampaknya Rockstar tidak mahu berhenti setakat itu. Mereka sedang mencari “Technical Face Developer” untuk Rockstar New York dan “Senior Technical Artist” untuk Rockstar Toronto. Kedua-dua jawatan ini akan memfokuskan “Animation and Face Motion Capture” — dideskripsikan sebagai “untuk membantu mengkaji dan membangunkan teknologi baru untuk game-game akan datang”.

Dekripsi ini turut menambah “penciptaan pendekatan baru untuk mensasarkan semula animasi, pengesanan animasi wajah, simulasi pergerakan sekunder dan kecacatan karakter”, serta “pembangunan terhadap pendekatan dan aliran kerja baru untuk pengesanan wajah, animasi wajah, pengenalan wajah, alat-alat penambahbaikan.”

Di samping itu, Rockstar turut berusaha untuk memperbaiki alat-alat MoCap mereka untuk “mencipta dan membangunkan alat-alat MoCap generasi seterusnya.”

Akhir sekali, menurut laporan ini lagi, Rockstar India juga sedang mengambil pekerja untuk beberapa jawatan bagi artis teknikal untuk “mencipta dunia generasi seterusnya untuk beberapa projek akan datang yang mengujakan!”

Daripada apa yang dilaporkan ini, nampaknya Rockstar sudah benar-benar memulakan projek besar mereka untuk generasi seterusnya. Persoalan yang menjadi teka-teki pada masa ini — apakah perancangan yang berada di balik tirai studio ini? Apakah game generasi seterusnya yang sedang mereka bangunkan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.