in , , ,

Rockstar Keluarkan Screenshot Terbaru Red Dead Redemption 2, Paparkan Pelbagai Pekan Yang Ada

Rockstar telah mendedahkan sebelum ini yang Red Dead Redemption 2 bakal menampilkan map yang paling besar pernah dicipta oleh studio game itu. 

Namun, daripada video-video serta screenshot yang pernah diperlihatkan sebelum ini, kita masih tidak dapat membayangkan bagaimana besarnya kawasan yang ada dalam game ini nanti. Terbaru, Rockstar telah berkongsikan maklumat baru — memperkenalkan beberapa pekan yang bakal pemain lawati serta screenshot untuk pekan-pekan tersebut.

Antara pekan yang didedahkan ialah Valentine, Annesburg, Saint Denis, Mount Hagen, Rhodes, Strawberry, dan Lagras. Setiap pekan ini, Rockstar ada terangkan apakah yang ada di dalam pekan tersebut, dan korang boleh bacanya di sini.

Red Dead Redemption 2 akan dikeluarkan pada 26 Oktober 2018 untuk Xbox One dan PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Teringin Nak Beli ROG Phone? Sediakan Wang Sekitar RM3,600!

WinteR Kembali Bersaing Dalam Dota 2, DeToNator Daftar Untuk Open Qualifier KL Major 2018