Dari semasa ke semasa, kita sering mendengar khabar angin pembangunan Grand Theft Auto (GTA) yang baharu. Namun, tiada sebarang laporan yang benar-benar kukuh yang boleh kita percayai.

Terbaru, Rockstar Games kini sedang membuka pengambilan untuk mengisi beberapa posisi penting dalam syarikat studio pembangunan itu. Studio Rockstar North yang berpangkalan di United Kingdom telah menaikkan beberapa iklan posisi yang boleh menjadi bukti bahawa Rockstar kini sedang membangunkan sebuah game open-world baharu.

Untuk posisi ‘Animation Systems Programmer‘, Rockstar mencari seseorang yang mampu membantu “dalam membangunkan sistem animasi lanjutan untuk game open-world berdasarkan karakter.” Posisi ini turut menerangkan bahawa mereka “membangunkan teknologi animasi, daripada rakaman persembahan hingga enjin runtime sofistikated, untuk game open-world berskala besar”.

Rockstar sememangnya terkenal dalam mengeluarkan game-game bergenre open-world. Pencarian posisi yang ada menyatakan tentang pembangunan game open-world boleh dijadikan bukti bahawa mereka kini sedang membangunkan sebuah game open-world baru. Persoalannya sekarang, apakah game tersebut?

Adakah Grand Theft Auto 6? Atau mungkin Bully 2? Mustahillah pula kalau mereka sedang bangunkan Red Dead Redemption 3.

Sama-samalah kita nantikan.

JomKomen!