Ubisoft ada Uplay. EA ada Origin. Dan kini Rockstar telah melancarkan hab untuk game-game mereka sendiri.

Dalam satu blogpost, Rockstar telah mengumumkan Rockstar Games Launcher — sebuah pelancar yang memudahkan para pemain untuk membeli dan bermain game-game keluaran Rockstar.

Apabila korang muat-turun sahaja Rockstar Games Launcher, game GTA: San Andreas akan diberikan secara percuma dan menjadi milik korang buat selamanya.

Rockstar Games Launcher akan mengumpulkan segala game keluaran Rockstar yang pernah korang beli. Lebih menarik, kalau korang pernah membeli game Rockstar di platform Steam, korang boleh menekan butang “Play On Steam”, dan ia akan membuka satu launcher lain untuk bermain.

Ia turut membawakan fungsi cloud saves dan mengemaskini secara automatik.

Ramai menjangkakan, selepas ini, game-game Rockstar yang akan dilancarkan ke PC, akan menjadi eksklusif di Rockstar Games Launcher. Malah, pelancaran ini turut menimbulkan desas-desus mengatakan yang Red Dead Redemption 2 akan akhirnya dilancarkan ke PC tidak lama lagi.

JomKomen!