Setelah dunia gaming digemparkan semalam dengan ketirisan begitu banyak maklumat tentang Grand Theft Auto seterusnya, Rockstar Games akhirnya telah memberi respon dan mengeluarkan kenyataan rasmi.
Dalam satu kenyataan, Rockstar telah mengesahkan yang rangkaian mereka telah digodam oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab dan memuat-turun maklumat sulit daripada sistem, termasuklah rakaman awal pembangunan GTA yang seterusnya.
Buat masa ini, kata Rockstar, mereka tidak menjangkakan sebarang gangguan kepada servis game online mereka serta tidak memberi kesan jangka masa panjang kepada projek-projek mereka yang sedang berjalan.
Rockstar menyampaikan rasa kecewa mereka apabila maklumat seperti ini dikongsikan dalam bentuk sebegini rupa.
Mereka menjanjikan yang pembangunan GTA seterusnya akan diteruskan seperti dirancang, dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terus memberikan sokongan dalam situasi begini.
Comments
Loading…