in , , ,

Rockstar Disahkan Sertai E3 2021 – Game Apa Mereka Akan Umumkan? GTA 6, Red Dead Remaster?

Beberapa hari lalu, E3 2021 telahpun diumumkan bakal kembali, yang mana ia akan berlangsung secara digital sepenuhnya.

Beberapa nama besar industri telah mengumumkan penglibatan mereka dalam acara gaming tahunan terbesar dunia itu pada tahun ini. Antaranya yang menjadi bualan hangat adalah penyertaan Take-Two Interactive, iaitu syarikat induk kepada Rockstar Games.

Sejak pengumuman ini, para peminat terus mengeluarkan jangkaan mereka tentang apakah yang bakal disajikan oleh Rockstar dalam E3 2021. Ada yang meletakkan harapan tinggi, ada juga yang tidak mahu mengharapkan apa-apa.

Antara game besar yang para peminat teramat ingin saksikan diumumkan adalah Grand Theft Auto 6. Game seterusnya dalam francais ini sudah dinantikan sejak bertahun lamanya dan Rockstar masih berahsia mengenainya.

Kali terakhir kita dengar tentang pembangunan GTA 6 adalah pada awal tahun lalu apabila ada laporan mengatakan GTA seterusnya itu nanti akan dilancarkan dalam skala yang lebih kecil berbanding game-game Rockstar sebelum ini kerana syarikat itu sedang mengamalkan budaya kerja baharu.

Francais Red Dead Redemption juga disebut-sebut. Ada laporan sebelum ini menyatakan yang Rockstar sedang membangunkan remake atau remaster untuk game pertama Red Dead Redemption.

Selain itu, peminat juga ada bercakap tentang Bully 2. Namun, sekuel ini mungkin hampir mustahil untuk didedahkan kerana Bully 2 dikatakan telah dibatalkan pada 2017 untuk memberi laluan kepada GTA 6 dan Red Dead Redemption 2.

Pemain yang tidak meletakkan apa-apa harapan terhadap Rockstar untuk E3 2021 pula menjangkakan studio itu akan terus ‘milking’ mode online dalam GTA 5 dan Red Dead Online, atau mereka akan hanya memperlihatkan GTA 5 versi PS5 dan Xbox Series.

Apa pula jangkaan korang untuk E3 2021?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hideo Kojima, Microsoft Dilaporkan Sedang Berbincang Untuk Terbitkan Game Bawah Xbox

Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan Remake Game Pertama The Last of Us Untuk PS5