in , , ,

Rockstar Dilaporkan Batalkan Remaster Red Dead Redemption Selepas Bertahun Dalam Perancangan

Rockstar Games dilaporkan telah merancang untuk membangunkan versi remaster untuk Grand Theft Auto IV (2008) dan game pertama Red Dead Redemption (2010) sejak beberapa tahun lepas.

Walau bagaimanapun, projek-projek tersebut dikhabarkan telahpun dibatalkan.

Laporan ini hadir daripada @TezFunz2 yang cukup terkenal membawakan berita-berita berkaitan Rockstar Games. Menurutnya, beliau mendapatkan berita ini daripada satu sumber yang diyakininya kerana sering memberikan ketatapan.

Beliau menjelaskan lagi bahawa projek-projek remaster itu sudah berada dalam perancangan Rockstar sejak beberapa tahun lalu, namun belum diluluskan untuk ke arah produksi penuh. Hasrat Rockstar adalah untuk melihat dulu penerimaan para peminat terhadap Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition.

Seperti yang kita semua tahu, projek remaster trilogi GTA yang dikeluarkan pada tahun 2021 itu telah menerima kritikan dan kecaman yang begitu keras daripada para pengkritik dan peminat kerana pelbagai isu teknikal yang timbul.

Disebabkan kegagalan tersebut, Rockstar dilaporkan memutuskan untuk tidak meneruskan lagi mana-mana projek remaster yang mereka rancang sebelum ini.

Apa-apa pun, anggap saja laporan ini masih dalam status khabar angin selagi ia belum disahkan secara rasmi oleh Rockstar.

Apa pula pandangan korang? Adakah Rockstar sepatutnya menyambung sahaja projek remaster untuk GTA IV dan Red Dead Redemption itu? Atau membatalkannya adalah keputusan yang tepat?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. I may need your help. I’ve been doing research on gate io recently, and I’ve tried a lot of different things. Later, I read your article, and I think your way of writing has given me some innovative ideas, thank you very much.

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Menutup Server Multiplayer Untuk 15 Game Ini

Stray Jadi Game Paling Ditunggu-Tunggu Di Steam, Menjatuhkan The Day Before Di Tempat Kedua