in , , , ,

Rockstar Beri 3 Sebab Mengapa GTA V Tidak Akan Mendapat Kandungan Single-Player Lagi

Masih kuat dalam ingatan penulis bagaimana Rockstar suatu ketika dulu pernah menjanjikan bahawa mereka akan memberikan kandungan tambahan untuk single-player dalam Grand Theft Auto V.

Apabila penulis menghabiskan story mode game ini pada minggu pertama ia dilancarkan, penulis cukup tidak sabar menantikan apakah yang bakal dibawakan ke dalam kandungan tambahan tersebut, setelah ia menyajikan sebuah jalan cerita yang mantap. Namun, empat tahun kemudian, tiada khabar berita.

Terbaru, dalam satu temu ramah bersama Game Informer, pengarah rekaan Rockstar, Imran Sarwar telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan membawakan sebarang kandungan single-player tambahan untuk GTA V, dan menjelaskan mengapa mereka melakukan sedemikian.

Imran menyatakan bahawa ketiadaan kandungan tambahan itu “bukan sesuatu keputusan yang sedar, ia hanya berlaku seperti itu,” tetapi beliau mengatakan bahawa Rockstar akan tetap berminat untuk membawakan kandungan single-player tambahan dalam game-game mereka akan datang.

“Sebagai sebuah syarikat, kami gemarkan single-player lebih daripada yang lain, dan kami percaya dengannya – untuk penceritaan dan sense of immersion dalam sesebuah dunia, game multiplayer tidak boleh menyaingi single-player,” kata Imran kepada Game Informer.

“Melalui GTA V, single-player adalah sesuatu yang sungguh besar dan sangat, sangat lengkap. Ia adalah tiga game dalam satu.”

Imran kemudian memberikan tiga faktor mengapa kandungan single-player tambahan telah ditinggalkan: memperbaiki GTA Online, yang mana pada awalnya telah menjadi suatu tahap yang sangat teruk; memindahkan (porting) GTA V ke konsol next-gen; dan membangunkan Red Dead Redemption 2.

“Gabungan kepada tiga faktor ini telah memberi makna kepada GTA V, yang kami rasa kandungan single-player tambahan adalah tidak mungkin dan tidak perlu,” katanya lagi.

“Tetapi kami mungkin boleh melakukannya dalam projek-projek kami akan datang. Di Rockstar, kami akan sentiasa mempunyai isu lebar jalur kerana kami mementingkan kesempurnaan dan untuk membangunkan game kompleks yang besar memerlukan masa dan sumber yang banyak. Bukan semuanya boleh dilakukan, namun kami tetap gemarkan game single-player open-world lebih daripada yang lain. Saya tidak rasa kamu boleh mencipta sebuah game seperti GTA V jika kamu tidak gemarkan game single-player dan tidak mencuba untuk kembangkan kemungkinannya!”

Koran boleh baca temu ramah penuh Imran Sarwar dengan Game Informer di sini.

JomBaca: Stunt Race Terbaru Dalam GTA Online Akan Dilancarkan Minggu Depan – Perlumbaan Atas Air, Darat Dan Udara!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dragon Ball FighterZ Akan Dilancarkan Lebih Awal Daripada Yang Dijangka – Open Beta Dan Season Pass Diumumkan

Sony Tampilkan Daniel Sturridge Dan Eric Dier Dalam Iklan Promosi Gran Turismo Sport