in , , , , , , ,

Rockstar Akhirnya Umum Secara Rasmi Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition Untuk Semua Platform Moden

Nampaknya segala laporan tertiris yang muncul sebelum ini adalah benar belaka.

Rockstar Games akhirnya telah mengumumkan secara rasmi trilogi remastered untuk tiga game GTA yang cukup ikonik.

Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition akan dilancarkan untuk PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC pada hujung tahun ini. Kemudian, sekitar pertengahan pertama 2022 akan dilancarkan untuk iOS dan Android pula.

Game kompilasi ini akan menampilkan Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto: Vice City dan Grand Theft Auto: San Andreas.

Dalam pengumumannya, Rockstar menyatakan trilogi remastered ini akan membawakan penambahbaikan grafik dan penambahan gameplay moden, dalam masa sama mengekalkan gambaran dan rasa klasik seperti game-game asal.

Sebagai persediaan untuk pelancaran trilogi terbaharu ini, ketiga-tiga game asal ini yang dijual secara berasingan akan dipadam dari store digital di PC dan konsol. Namun, kepada mereka yang pernah membelinya sebelum ini, ia tetap ada dalam akaun masing-masing dan boleh dimuat-turun seperti biasa.

Rockstar turut menyatakan yang butiran lanjut tentang Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition akan dikongsikan mereka pada minggu-minggu mendatang.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

No Straight Roads: Encore Edition Akan Dilancarkan Ke Steam Hujung Bulan Ini

Konami Janji Keluarkan Kemaskini eFootball 2022 Pada 28 Oktober, Baiki Isu-Isu Yang Dilaporkan