in , , ,

Rockstar Akan Baiki Ekonomi Dalam Red Dead Online Dalam Kemaskini Akan Datang

Minggu lalu, Red Dead Online (RDO) telahpun dilancarkan untuk semua pemilik Red Dead Redemption 2. Ia merupakan satu sesi beta yang menghiburkan yang mana pelbagai misi boleh dilakukan bersama rakan-rakan.

Walau bagaimanapun, terdapat satu isu yang sangat mengganggu permainan RDO buat masa ini — iaitu ekonomi dalam game itu sendiri.

Setiap kali berjaya melakukan sebarang misi, ganjaran yang diperoleh oleh para pemain adalah terlalu sedikit. Lebih menyakitkan apabila segala senjata, pakaian dan lain-lain item mempunyai harga yang terlalu tinggi untuk dibeli. Dengan ganjaran yang diterima terlalu sedikit, ditambah pula dengan barangan yang terlalu mahal, ia tidak masuk akal.

Selepas menerima maklum balas yang banyak dari para pemain mengenai isu ekonomi ini, Rockstar telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan bahawa mereka akan memperbaiki isu tersebut. Bagaimana bentuk perubahan kepada ekonomi itu masih belum mereka dedahkan.

Dalam kenyataan itu juga, Rockstar berterima kasih kepada para pemain atas maklum balas yang diberikan, sambil menyatakan beberapa bug lain yang ada dalam RDO akan turut mereka perbaiki.

Bila kemaskini ini akan tiba? Mereka menyatakan yang ia dijadualkan bakal tiba pada penghujung minggu ini, serta lebih banyak kemaskini akan dibawakan dalam minggu-minggu mendatang.

Korang boleh baca kenyataan penuh Rockstar ini di bawah:

Red Dead Online kini boleh dimainkan di PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Naughty Dog Keluarkan Video Khas Meraikan Ulangtahun Kedua Pendedahan The Last of Us Part II

Star Wars: Jedi Fallen Order Dilaporkan Bakal Dilancarkan Pada November 2019, Beberapa Info Tertiris