in ,

Rocket League, Spellbreak, Genshin Impact Game Percuma Paling Banyak Dimuat-Turun Di PS4 Pada September

PlayStation Blog telah mengeluarkan rumusan jumlah muat-turun di PlayStation Store untuk bulan September 2020 bagi rantau Amerika Syarikat dan Eropah. Walaupun ia tidak mendedahkan apa yang berlaku di rantau lain, termasuk Malaysia, ini boleh dijadikan gambaran untuk rantau lain.

Seperti setiap bulan, Sony akan mendedahkan apakah game berbayar, game percuma, game PS VR dan DLC paling banyak dimuat-turun untuk bulan tersebut. Apa yang menarik untuk kita lihat ialah senarai game percuma paling banyak dimuat-turun di kedua-dua rantau Amerika Syarikat dan Eropah didominasi oleh Rocket League, Spellbreak, dan Genshin Impact.

Takhta dipegang oleh Rocket League sememangnya sesuatu yang tidak mengejutkan. Game bertemakan bola sepak-kereta ini sudahpun cukup popular semasa ia masih lagi sebuah game berbayar, apatah lagi apabila ia berukar model bisnes menjadi free-to-play pada 23 September lalu.

Spellbreak merupakan sebuah game percuma battle royale yang memfokuskan kepada pelbagai kelas yang mempunyai bermacam kuasa magik dalam dunia fantasi. Ia dibangunkan oleh Proletariat dan dilancarkan pada 3 September lalu.

Kehadiran Genshin Impact dalam kedudukan 3 terbaik ini juga tidak mengejutkan. Game RPG fantasi open-world ini telah menjana RM413 dalam masa hanya dua minggu pelancaran.

Game percuma apa yang korang mainkan sekarang? Kongsikannya di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PT, Demo Silent Hills 2015 Mungkin Akan Terus Boleh Dimainkan Di PS5

Game Percuma Paling Hangat Sekarang, Genshin Impact Menjana RM413 Juta Dalam Masa Hanya 2 Minggu

Genshin Impact Akan Dilancarkan Ke PS5, Switch, Tapi Tiada Perancangan Untuk Xbox