in , , ,

Rocket League Sideswipe Mula Dilancarkan Di Beberapa Negara, Saksikan Trailer Baharu

Psyonix telah mengumumkan bahawa game mobile Rocket League, berjudul Rocket League Sideswipe, kini sudah mula dilancarkan di beberapa negara.

Ketika artikel ini ditulis, ia sudah boleh dimainkan oleh para pemain iOS dan Android di negara-negara Oceania, Amerika Selatan, Timur Tengah dan Afrika.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Psyonix menggelarkan pelancaran ini sebagai Pre-Season (pra-musim). Mereka turut menyatakan yang game ini akan dilancarkan di beberapa rantau lain secara berperingkat sepanjang November ini.

Bersama-sama dengan pelancaran Pre-Season ini, mereka telah mengeluarkan satu trailer gameplay baharu. Jom layan:

Rocket League Sideswipe pertama kali diumumkan Mac lalu, merupakan sebuah game percuma berasingan daripada Rocket League yang ada di konsol dan PC. Ia direka khas untuk iOS dan Android — mempunyai beberapa perbezaan dengan Rocket League yang ada di platform-platform lain.

Kelainan terbesar tentunya dari segi gameplay. Menggunakan inspirasi dan gameplay asas daripada Rocket League, Rocket League Sideswipe membawakan gameplay 2D yang lebih mudah untuk dimainkan di mobile — sama ada 1-lawan-1 atau 2-lawan-2, serta boleh dimainkan secara lokal ataupun online.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Game Awards 2021: Undian Kini Dibuka, Deathloop, Ratchet & Clank: Rift Apart, It Takes Two Ungguli Pencalonan

Warner Bros Umum MultiVersus, Game Fighting Percuma – Superman, Batman, Arya Stark, Bugs Bunny, Banyak Lagi