in , ,

Rocket League Sideswipe Kini Boleh Dimainkan Oleh Pemain iOS, Android Di Malaysia

Psyonix telah mengumumkan yang Rocket League Sideswipe kini sudah dilancarkan di Jepun, India dan beberapa negara Asia terpilih lain.

Selepas kami semak sendiri, nampaknya Malaysia juga merupakan salah satu negara tersebut, dan kini boleh dimuat-turun dan dimainkan di iOS dan Android.

Rocket League Sideswipe pertama kali diumumkan Mac lalu, merupakan sebuah game percuma berasingan daripada Rocket League yang ada di konsol dan PC. Ia direka khas untuk mobile — mempunyai beberapa perbezaan dengan Rocket League yang asal.

Kelainan terbesar tentunya dari segi gameplay. Menggunakan inspirasi dan gameplay asas daripada Rocket League, Rocket League Sideswipe membawakan gameplay 2D yang lebih mudah untuk dimainkan di mobile — sama ada 1-lawan-1 atau 2-lawan-2, serta boleh dimainkan secara lokal ataupun online.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Twelve Minutes Akan Dilancarkan ke PS5, PS4, Switch Pada Disember Ini

Battlefield 2042: DICE Mempertimbang Bawa Masuk Beberapa Ciri Penting Yang Hilang