Menu
in , , ,

Rocket League Sideswipe Diperlihat, Game Mobile 2D Bakal Tiba Tahun Ini

Ini merupakan satu berita yang tidak dapat dielakkan lagi. Setelah sekian lama menanti, kita akhirnya akan mendapat Rocket League versi mobile.

Berjudul Rocket League Sideswipe, ia merupakan sebuah game percuma berasingan yang direka khas untuk iOS dan Android — mempunyai beberapa perbezaan dengan Rocket League yang ada di platform-platform lain.

Kelainan terbesar tentunya dari segi gameplay. Menggunakan inspirasi dan gameplay asas daripada Rocket League, Rocket League Sideswipe membawakan gameplay 2D yang lebih mudah untuk dimainkan di mobile — sama ada 1-lawan-1 atau 2-lawan-2, serta boleh dimainkan secara lokal ataupun online.

Psyonix telah memperlihatkan gameplay Rocket League Sideswipe dalam versi Alpha, dan korang boleh saksikannya di bawah:

Psyonix mengatakan yang gameplay Rocket League Sideswipe memenuhi kehendak pemain handalan sedia ada Rocket League serta turut akan memberikan keseronokan kepada pemain-pemain baharu. Malah, game ini juga akan memfokuskan kepada arena kompetitif dengan kehadiran Competitive Ranks.

Buat masa ini, ia masih dalam sesi percubaan di Australia dan New Zealand untuk Android. Mereka akan berkongsikan info lanjut dalam beberapa bulan mendatang.

Rocket League Sideswipe dijadualkan dilancarkan ke pasaran seluruh dunia pada tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version