in ,

Rocket League: Ranked Play Kini Dikenali Sebagai Competitive Matchmaking

Tempoh hari, Psyonix telah mengumumkan pengakhiran Musim 1 dan bakal memberikan banyak reward kepada para pemain.

rocket-league-1

Dengan berakhirnya Musim 1 tersebut, Musim 2 akan bermula pada Februari nanti, di mana update terbaru bakal tiba. Malam tadi, pihak Psyonix telah berkongsi maklumat yang lebih lanjut di Steam Community mengenai apakah pembaharuan yang bakal diperkenalkan untuk Musim 2 kelak.

Terdapat banyak pembaharuan yang bakal tiba. Antara yang menarik perhatian kami adalah ‘Ranked Play’ kini dikenali sebagai ‘Competitive Matchmaking’. Selain itu, mereka juga telah membuang Rank Points untuk Musim 2 ini. Bagi mengelakkan kekeliruan dengan dua sistem point, kini, hanya Skill Rating digunakan dalam semua Division.

Apa yang lebih menarik, nama Division yang digunakan pada Musim 1 (Bronze, Silver, Gold & Platinum) kini digantikan dengan 12 nama Division yang lebih unik. Berikut adalah senarai 12 nama tersebut:

rocket-league-Season-2-Division-Titles

Pihak Psyonix juga menambah, tujuan pembaharuan Musim 2 adalah untuk lebih menekankan lagi kepentingan untuk menang atau kalah dalam bentuk pasukan (kerjasama), di mana pemain tidak seharusnya hanya mementingkan skill individu.

Korang boleh membaca maklumat penuh mengenai update terbaru ini di sini.

Mereka masih belum lagi mengumumkan tarikh yang tepat bilakah update ini akan dikeluarkan, namun, yang pasti ia akan hadir pada Februari 2016.

JomBaca: Rocket League Berjaya Meraih Penghasilan Hampir RM215 Juta!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Plants vs Zombie: Garden Warfare 2 Beta: Review

Destiny: Spark untuk Iron Banner atau Cinta Crimson yang terpendam?