in

Rocket League: Padang Musim Salju Bakal Tiba!

Belum sempat DLC Chaos Run dikeluarkan, mereka dah umumkan ada update baru lagi! Eh, bagi la kitorang bernafas sikit!

rocket-league- snow-day-1

JomBaca: Rocket League: DLC Chaos Run Bakal Menghuru-harakan Disember Ini!

Bersempena musim sejuk yang bakal tiba pada akhir tahun, Rocket League kembali lagi dengan update terbaru lagi, yang diberi nama Snow Day!

Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa bulan Disember nanti terdapat satu update yang akan bertemakan musim sejuk. Dan malam tadi, pihak Psyonix telah memberikan maklumat lebih lanjut tentang update yang bakal tiba 14 Disember ini.

Update Snow Day ini bakal menyajikan sebuah gameplay yang lebih menarik, dengan padang akan bertukar menjadi ais dan bola yang dimainkan akan berbentuk leper ala-ala bola hoki ais gitu!

rocket-league- snow-day-2

Selain itu, Update ini akan menampilkan beberapa Garage items baru, yang pastinya bertemakan musim sejuk juga! Item-item ini korang akan dapat dengan mudah, hanya dengan berterusan bermain, sama ada match tersebut korang menang ataupun kalah.

Item-item ini korang boleh dapatkan dalam masa terhad sahaja, iaitu dari 14 Disember hingga 4 Januari – namun, jika korang dah unlock, korang akan memiliki item-item ini buat selama-lamanya!

rocket-league- snow-day-3

Jadi, ini adalah senarai item-item yang korang boleh dapatkan kelak:

  • “Xmas” Rocket Trail
  • “Blitzen” Topper
  • “Christmas Tree” Topper
  • “Sad Sapling” Topper
  • “Santa” Topper
  • “Candy Cane” Antenna
  • “Holiday Gift” Antenna

JomBaca: Bila Abah Review PS+: Rocket League

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rainbow Six Siege Open Beta: Apa Pembaharuan Yang Ada?

Valkyria: Azure Revolution: Bakal Menggunakan Sistem Permadeath!