Musim pertama untuk Rocket League akan berakhir pada Februari ini dengan kehadiran patch terbaru nanti.
Update pertama Rocket League untuk tahun 2016 akan memberikan beberapa hadiah atau reward kepada para pemain kompetitif serta memperkenalkan item drops secara berperingkat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Psyonix di Steam Community, semua pemain Ranked Play yang telah mencapai ‘Bronze’ Division atau lebih tinggi akan menerima rewards, seperti crown toppers bronze, silver, gold atau platinum edisi terhad – bergantung kepada Division yang telah mereka capai pada akhir musim nanti.
Patch ini juga akan memperkenalkan item-item berkualiti secara berperingkat, dari item-item biasa (warna kelabu) hinggalah ke item-item premium (warna hijau, dari DLC berbayar) dan edisi terhad (warna jingga, dari event khas bermusim). Mereka juga bakal menampilkan item-item yang diklasifikasikan sebagai ‘uncommon’ (warna biru).
Semua item ini, termasuk toppers dan antenna hanya akan boleh didapati dengan memainkan online match. Lebih banyak online match yang korang mainkan, lebih banyak item yang korang akan peroleh.
Pihak Psyonix akan berkongsikan maklumat yang lebih lanjut mengenai update ini pada 22 Januari nanti.
Comments
Loading…