in , ,

Rocket League Meraih RM295j, Menghampiri 4 Juta Unit Jualan!

Fenomena game bola sepak-kereta, Rocket League terus mengaum dalam kelasnya tersendiri.

rocket league

Dalam satu temu ramah bersama Colin dan Greg di channel Twitch mereka, Marketing Executive Psyonix, Jeremy Dunham telah mengumumkan bahawa Rocket League telah berjaya memperoleh penghasilan sebanyak USD70 juta (~RM295 juta) melalui dua platform sahaja, iaitu PC dan Playstation 4. Kira-kira dua bulan lalu, mereka juga telah mengumumkan bahawa mereka berjaya meraih USD50 juta (~RM215 juta).

Dalam temu ramah itu juga, Dunham juga menyatakan bahawa mereka telah berjaya menjual kira-kira 4 juta unit, juga melalui dua platform sahaja, PC dan PS4. Beliau menjelaskan bahawa 4 juta unit tersebut tidaklah termasuk jumlah yang telah dimuat-turun ketika game ini diberikan percuma untuk Playstation Plus pada Julai 2015.

rocket-league-dlc-batmobile-akan-datang-8-mac-ini

Terkini, pihak Psyonix juga telah mengesahkan bahawa versi disk fizikal bakal menemui para pemain tidak lama lagi, serta DLC terbaru yang akan dikeluarkan pada 8 Mac ini adalah Batman v Superman: Dawn of Justice Car Pack.

JomBaca: Rocket League: 3 Map Baru, DLC Rocket Lab Bakal Mengubah Gameplay Korang

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

JomRakam! Ep. 11: Sila Ucapkan Hello Kat Kawan Saya Ni!

The Division: Eksklusif Untuk Mereka Yang Menggunakan Kad Nvidia