in , , , , ,

Rocket League Memperkenalkan Rocket Pass, Sama Seperti Battle Pass Dalam Fortnite

Lebih banyak pilihan untuk ubahsuai kereta korang!

Rocket League buat masa ini sudahpun memberikan para pemainnya dengan pelbagai pilihan untuk mengubahsuai kereta masing-masing. Tidak cukup dengan kepelbagaian sedia ada, Psyonix telah mengumumkan sebuah progression baru untuk mengumupulkan lebih banyak item customiztions, dipanggil Rocket Pass.

Membaca info yang telah didedahkan Psyonix tentang Rocket Pass, ia sememangnya banyak persamaan dengan Battle Pass yang ada dalam Fortnite Battle Royale.

Rocket Pass akan memberikan pemain peluang untuk mengejar pelbagai kandungan baru dalam masa terhad yang ditetapkan. Lebih banyak Rocket Pass XP dicapai, lebih banyak kandungan yang pemain akan peroleh, dan Rocket Pass XP ini adalah berasingan dengan sistem XP yang ada sekarang.

Terdapat dua versi Rocket Pass, iaitu Free dan Premium. Seperti namanya, Free adalah Rocket Pass percuma yang semua pemain boleh sertai. Free akan memberikan pemain beberapa kandungan, manakala Premium, yang dijual USD9.99 (RM40), akan menawarkan lebih banyak kandungan untuk dikejar berbanding Free.

Walau bagaimanapun, ada juga sedikit perbezaan antara Rocket Pass dalam Rocket League dengan Battle Pass dalam Fortnite. Rocket Pass tidak akan mempunyai banyak Challenge untuk menaikkan Rocket Pass XP, sebaliknya ia hanya akan memberikan Challenge untuk setiap perlawanan yang dimenangi sahaja, iaitu Weekly Win Bonus. Maksudnya, sekiranya dapat memenangi beberapa perlawanan yang ditetapkan, lebih banyak Rocket Pass XP akan diperoleh. Ini kerana Psyonix tidak mahu mengganggu keseimbangan kompetitif yang ada dalam Rocket League.

Rocket Pass akan dikeluarkan untuk semua platform yang ada, tetapi masih belum diumumkan tarikh pelancarannya. Kata Psyonix, mereka akan berkongsi info lanjut tentang perkara ini dalam minggu ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Division 2 Akan Ada Microtransactions, Tetapi Terhad Kepada Kosmetik Sahaja

Korang Tak Boleh Pandu Kereta Terbang Dalam Cyberpunk 2077