Adakah anda salah seorang daripada 25 juta pemain ini?
Akaun Twitter rasmi Rocket League telah memuatnaik sebuah infografik yang memaparkan statistik terbaru mengenai game indie bola-sepak-kereta ini.
Mereka telah mendedahkan bahawa Rocket League kini telah memiliki 25 juta pemain berdaftar, dan 1 billion perlawanan telah dimainkan sejak ia pertama kali dilancarkan pada 2015. Daripada 1 billion perlawanan ini, mode Competitive memenuhi 50 peratus, Casual (33%), Alternative (11%), dan Private (6%).
Ia turut mencatatkan bahawa 31 juta perlawanan telah dimainkan dalam mode Rumble.
One BILLION games played! Thank you to our amazing players for continuing to make #RocketLeague one of the best communities & games around. pic.twitter.com/wAAVCVqkRd
— Rocket League (@RocketLeague) January 11, 2017
Baru-baru ini, Rocket League telah didedahkan sebagai game paling banyak dimuatturun di platform PlayStation pada tahun 2016.
Comments
Loading…