in , ,

Rocket League: Edisi Fizikal Akan Keluar Pada Jun, Terdapat 4 Kereta Baru Istimewa!

Info yang ditunggu-tunggu peminat kipas-susah-mati Rocket League, edisi fizikal kini sudah ada tarikh pelancaran!

rocket league

Seperti yang diumumkan pengeluar 505 Games, Rocket League: Collector’s Edition, iaitu edisi fizikal akan menemui para pemain game kereta-bola-sepak ini pada 24 Jun di Eropah, Timur Tengah dan Afrika, dan 5 Julai di Amerika Utara. Buat masa ini, belum ada maklumat lagi bilakah ia akan dikeluarkan di pasaran Asia.

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, edisi fizikal ini akan memberikan DLC-DLC sebelum ini, iaitu Supersonic Fury, Revenge of the Battle-Cars dan Chaos Run secara percuma.

505 Games juga mengusik para pemain dengan mengatakan edisi fizikal ini akan menampilkan 4 buah kereta baru istimewa yang masih belum dikeluarkan di Rocket League. Tiada maklumat lanjut mengenai perkara ini.

JomBaca: Developer Rocket League Dalam Perancangan Membangunkan Satu Lagi Game “Menarik”!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

eGames: Kerajaan UK Umumkan Temasya Gaming Ala Olimpik!

Parkitect: Bina Taman Tema Anda Sendiri!