in , ,

Rocket League & Dying Light Bekerjasama Untuk DLC Di Kedua-dua Game!

Psyonix dan Techland telah mengumumkan kerjasama untuk mengeluarkan DLC di kedua-dua game Rocket League dan Dying Light.

dying light rocket league

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Psyonix di laman web mereka, mulai hari ini, pemain Dying Light sudah boleh mula untuk muat turun dirt buggies dalam DLC Dying Light: The Following yang unik – bertemakan paint job Rocket League. Anda boleh gunakan docket code LightMyRocket dan tebusnya di sini.

Anda boleh saksikan trailer rasmi untuk paint job tersebut di bawah:

Manakala, untuk pemain Rocket League pula, anda boleh ubahsuai Battle-Cars dengan items bertemakan Dying Light pada musim panas kelak (pertengahan tahun). Mereka berkata, info lebih lanjut akan dikongsi lagi pada masa akan datang.

dying-light-the-following

Terbaru, Psyonix telah mengusik para pemain Rocket League dengan tema bola keranjang yang bakal tiba tidak lama lagi.

Mereka juga telah mengumumkan bahawa 1 juta pemain telah berjaya dikumpul di Xbox One, dan disk fizikal untuk Rocket League akan dilancarkan tidak lama lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Salt And Sanctuary: Mampukah Korang Hadapi Cabaran Raksasa Ganas?

Urban Empire: Simulasi Membina Empayar Moden Dan Kekal Berkuasa!