Satu lagi tema yang memang menggila-gila daripada Psyonix! Jom buat DUNK dengan kereta Rocket League!
Sebelum ini, pihak Psyonix telahpun mengusik para pemain Rocket League dengan sekeping gambar yang memaparkan tema bola keranjang bakal hadir tidak lama lagi.
Terkini, mereka telah mengumumkan bahawa content terbaru yang diberi nama Dunk House ini akan hadir pada April ini, namun masih belum mendedahkan tarikh sebenar ia akan dikeluarkan.
Dalam satu tweet di akaun Twitter rasmi mereka, Psyonix juga telah memberikan sedikit gambaran bagaimanakah bentuk arena untuk tema bola keranjang itu nanti. Anda boleh klik GIF di bawah:
Break some axles in the Dunk House this April! #RocketLeagueHoops pic.twitter.com/VA23YUEEXM
— Rocket League (@RocketLeague) March 29, 2016
Seperti juga DLC-DLC Rocket League sebelum ini, Dunk House akan diberikan PERCUMA kepada semua pemain.
JomBaca: “Kami Sudah Bersedia Untuk Cross-Play” – Developer Rocket League
Comments
Loading…