in , ,

Rocket League: DLC BatMobile Akan Datang 8 Mac Ini!

Selepas jemu dengan kerenah rakyat Gotham City, Bruce Wayne pun nak rehat dan layan Rocket League.

Rocket-League-Batmobile-Official-1650x880

Pihak Psyonix telah mengumumkan bahawa DLC Batmobile akan menemui para pemain Rocket League pada 8 Mac ini. Rekaan Batmobile yang akan dibawakan ke dalam game gabungan bola sepak-kereta ini adalah rekaan yang bakal digunakan dalam Batman v Superman: Dawn of Justice – yang akan berada di pawagam pada 25 Mac nanti.

Kenderaan membanteras jenayah yang cukup ikonik kepada watak Batman ini bakal disertakan dengan 3 Antenna Flags yang mewakili tiga watak utama dalam filem tersebut – Batman, Superman dan Wonder Woman!

rocket league

Harga yang telah diumumkan untuk DLC Batman v Superman: Dawn of Justice Car Pack ini adalah $1.99 USD (~RM8.40) yang akan menemui semua pemain di PS4, Xbox One dan PC.

JomBaca: Rocket League: 3 Map Baru, DLC Rocket Lab Bakal Mengubah Gameplay Korang

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

McDroid: Bina Kubu Pertahanan Dengan Robot Anjing Yang Cute!

Paragon: Jom Layan 4 Watak Beraksi!