Mario Kart bertemu dengan Rocket League? Adakah ini mimpi?
Rocket League merupakan sebuah game yang sangat menyeronokkan. Ia membawakan gameplay seperti bola sepak yang mudah difahami, namun dimain menggunakan pelbagai jenis kereta yang comel.
Siri Mario Kart pula, tidak perlulah diperkenalkan lagi. Ia merupakan sebuah game yang sangat menghiburkan, dan mungkin satu-satunya siri game bergenre kart racing yang benar-benar popular masakini.
Dan ramai para peminat kedua-dua siri ini, termasuk juga kami, sering berimaginasi bahawa suatu hari nanti, Psyonix mengeluarkan satu lagi cabang Rocket League dengan tema kart racing pula. Dengan kurangnya game-game bergenre kart racing yang ada di pasaran sekarang, tidak perlulah kami menjelaskan mengapa para gamers dahagakan game seperti ini.
Terbaru, Youtuber Thanrek telah memuatnaik gameplay-nya di platform PC yang memaparkan satu mod yang direka dalam Rocket League dengan tema Mario Kart.
Mungkin ini adalah apa yang perlu Psyonix lakukan:
Dan cuba anda bayangkan, video ini, ditambah dengan game mode Rumble yang dibawakan ke dalam Rocket League sebelum ini. Ia akan menjadi sebuah game kart racing yang lengkap! Bayangkan!
Dalam berita Rocket League yang lain, pada minggu hadapan, game ini akan dikemaskini dengan sokongan PS4 Pro.
Comments
Loading…