Menjelang beberapa hari sebelum labuhnya tirai 2015, Rocket League bakal terpahat dalam sejarah sebagai antara kejutan paling besar dalam dunia gaming untuk tahun ini.

rocket-league- snow-day-2

JomBaca: Bila Abah Review PS+: Rocket League

Dengan gameplay yang menghiburkan apabila bermain bersama rakan-rakan, terdapat elemen yang sesuai untuk dijadikan e-sport, banyak DLC yang sentiasa percuma, dan items-items yang unik lagi melucukan adalah antara beberapa perkara yang membuatkan game ini menjadi sebutan buat ramai gamers sepanjang tahun ini.

Dalam laporan yang telah dikeluarkan oleh Wall Street Journal, Rocket League telah meraih penghasilan hampir USD50 juta (RM215 juta) – di mana kos yang telah dibelanjakan untuk membangunkan game ini adalah hanya USD2 juta (RM8.6 juta).

Sebelum itu, pihak Rocket League juga telah mengesahkan bahawa game ini telah mengumpulkan lebih daripada 8 juta pemain berdaftar sejak dipasarkan pada Julai di PC dan PS4. Juga, game ini bakal menemui para pemain dari Xbox One menjelang Februari 2016.

rocket-league-001

Jadi, apa pendapat korang? Apakah sebenarnya yang membuatkan game ini menjadi antara game paling meletop untuk 2015? Kongsikan dengan kami.

JomBaca: Rocket League: Padang Musim Salju Bakal Tiba!

JomKomen!