Populariti game bola sepak-kereta ini bakal melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi dengan pengumuman disk fizikal.
Pihak Psyonix telah mengumumkan bahawa mereka akan membawakan game indie kegilaan ramai ini ke rak-rak di kedai game melalui pengeluaran disk fizikal.
Pengumuman itu pertama kali dibuat oleh wakil pihak Psyonix, Jeremy Dunham dalam livestream yang dilakukan bersama Colin dan Greg dalam channel Twitch mereka. Kemudian, mereka mengumumkannya dalam Facebook page.
Pihak Psyonix telah menjawab komen di Facebook page tersebut yang menanyakan mengapa mereka harus membeli versi disk fizikal tersebut sedangkan mereka sudah memilikinya secara digital, dengan mengatakan “We’ll make sure the retail version is special. Stay tuned for more details!”
Berdasarkan jawapan tersebut, kami menjangkakan bahawa versi disk fizikal kelak bakal menyediakan beberapa (atau mungkin semua) DLC yang telah dikeluarkan sebelum ini. Melalui ini, pemain akan lebih tertarik untuk mendapatkan game versi ini, dan seterusnya melakukan koleksi peribadi untuk game ini.
Dunham juga mengesahkan bahawa versi fizikal disk ini bakal dikeluarkan di platform-platform yang telah dikeluarkan versi digitalnya kini – iaitu PC, PS4 dan Xbox One.
Dalam post Facebook tersebut juga, pihak Psyonix ada menyatakan game ini bakal dikeluarkan di platform Macintosh tidak lama lagi, seperti yang telah mereka umumkan sebelum ini.
Adakah versi disk fizikal untuk Rocket League ini adalah berita yang anda nanti-nantikan selama ini? Kongsikan dengan kami.
JomBaca: Rocket League: DLC BatMobile Akan Datang 8 Mac Ini!
Comments
Loading…