in , , , ,

Rocket League Akan Bertukar Menjadi ‘Free-To-Play’ Untuk Semua Platform Pada Tahun Ini

Sesuatu yang diramal sejak sekian lama kini diumumkan secara rasmi. Psyonix telah mengumumkan bahawa game bola-sepak-kereta, Rocket League akan bertukar menjadi sebuah game free-to-play pada tahun ini.

Sejak pertama kali dilancarkan pada 2015, membina satu komuniti yang begitu mantap, bermacam DLC dikeluarkan, Rocket League kini bersedia untuk menjadi sebuah game yang percuma untuk semua pemain nikmati. Pertukaran model ini akan dilancarkan sekitar musim panas 2020 (Jun-September).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Psyonix menegaskan yang gameplay asas di gelanggang Rocket League tidak akan berubah, namun menu utamanya akan mengalami perubahan bagi memudahkan untuk meneroka dalam game ini.

Paling penting, mereka mengumumkan cross-progression antara semua platform. Bermakna, korang boleh bermain dan menyambung di mana-mana PC, PS4 Xbox One atau Switch dengan progression yang sama. Ini pastinya satu penambahan yang dinantikan kerana Rocket League sudahpun lama membawakan fungsi cross-play sebelum ini.

Mereka juga mengumumkan yang pada hari ia menjadi free-to-play, Rocket League akan turut dilancarkan ke platform baharu, iaitu Epic Games Store. Semestinya, pemain di Epic Games Store akan turut boleh cross-play antara semua platform, termasuklah dengan pemain di Steam.

Pelancaran ke EGS ini pastinya sesuatu yang tidak mengejutkan memandangkan Psyonix telah dibeli oleh Epic Games pada Mei 2019.

Kepada pemain yang telah membeli Rocket League sebelum ini, jangan bimbang kerana Psyonix akan memberikan pelbagai ganjaran seperti berikut:

  • Dapat secara percuma semua DLC yang pernah dilancarkan sebelum ia menjadi free-to-play
  • Judul “Est. 20XX” yang mempamerkan tahun pertama kali pemain tersebut bermain Rocket League
  • Lebih 200 item Common dinaiktaraf ke kualiti “Legacy”
  • Golden Cosmos Boost
  • Dieci-Oro Wheels
  • Huntress Player Banner

Mereka akan berkongsikan lebih lanjut tentang semua butiran yang diumumkan ini dalam masa terdekat.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Kita Sekarang Boleh 'Jalan-Jalan' Dalam Studio CD Projekt Red Di Google Maps

Kita Sekarang Boleh ‘Jalan-Jalan’ Dalam Studio CD Projekt Red Di Google Maps

Studio Dari Malaysia, Passion Republic Turut Terlibat Dalam Pembangunan Ghost of Tsushima