Rocket League: 3 Map Baru, DLC Rocket Lab Bakal Mengubah Gameplay Korang

0
253

Rocket League kembali lagi dengan update terbaru, di mana 3 map baru telah diperkenalkan.

rocket-league-rocket-lab

Melalui temu ramah eksklusif Gamespot bersama pihak Psyonix, 3 map baru telah dipertontonkan kepada umum – yang mana map-map ini adalah sangat berbeza daripada map-map yang terdapat dalam Rocket League sebelum ini. 3 map ini mempunyai bentuk, ketinggian, ruang dan beberapa tiang yang sangat berlainan, seterusnya mampu mengubah corak permainan para pemain.

DLC yang dikenali sebagai Rocket Lab ini dijangka akan dilancarkan bersama-sama dengan pelancaran Rocket League untuk Xbox One yang mana mereka telah umumkan bakal hadir pada bulan ini, namun masih belum menetapkan tarikh sebenar. Dalam temu ramah tersebut juga, mereka ada memperlihatkan beberapa items dan goodies yang bertemakan eksklusif untuk pemain Xbox One seperti kereta Gears of War.

3 map baru dalam DLC terbaru ini adalah:

Utopian Retro: Sebuah map di mana pemain boleh pergi ke belakang gol dan mengubah cara korang bertahan. Terdapat juga ramp ala-ala donut bersebelahan dengan gol.

rocket-league-rocket-lab-utopia-retro

Underpass: Sebuah map yang mempunyai lantai yang lebih tinggi di kiri dan kanan map. Perbezaan ketinggian ini boleh membuatkan aksi-aksi aerial bakal dilakukan dengan teknik yang berbeza.

rocket-league-rocket-lab-underpass

Double Goal: Jelas dengan namanya itu, map ini mempunyai dua bahagian gol yang boleh dijaringkan, di mana terdapat satu tiang di tengah-tengah gol tersebut.

rocket-league-rocket-lab-double-goal

Korang boleh tengok gameplay penuh di setiap 3 map ini dalam video di bawah:

Jadi, apa pendapat korang? Adakah 3 map baru ini sudah menarik hati korang dengan perubahan gameplay yang bakal dimainkan? Atau adakah ia suatu penambahan hambar yang tidak perlu untuk Rocket League? Kongsikan dengan kami.

JomBaca: Rocket League: Ranked Play Kini Dikenali Sebagai Competitive Matchmaking

JomKomen!